WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Mindanao2
 
KUALA LUMPUR, 24 Mac 2021 – Acara Perasmian Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao Ke-16 (TPA M-16) telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, bertempat di Foyer Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia. Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain turut hadir menyaksikan acara berkenaan.
 
Ketibaan Tan Sri PAT telah disambut oleh Tan Sri PTD, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM.
 
Penghantaran TPA M-16 adalah kesinambungan dalam memenuhi hasrat Kerajaan Filipina dan juga persetujuan Kerajaan Malaysia untuk menghantar tim pemantau gencatan senjata antara _Goverment of Philippines_ (GPH) dengan _Moro Islamic Liberation Front_ (MILF). TPA M-16 akan diketuai oleh Mejar Jeneral Datuk Hamdan bin Hj Ismail selaku Ketua Misi bagi meneruskan misi pemantauan menggantikan TPA M-15 yang akan menamatkan penugasan di Mindanao.
 
TPA M-16 akan berlepas pada 26 Mac 2021 ke Manila dan seterusnya ke Mindanao dengan menggunakan pesawat komersial yang diketuai oleh Ketua Misi beserta 15 ahli tim tersebut. TPA M-16 akan menjalani kuarantin wajib yang ditetapkan oleh kerajaan Filipina selama tujuh hari di Manila dan lima hari lagi di kawasan tanggungjawab masing-masing.
 
Mindanao1Dalam ucapannya, Tan Sri PAT turut memberikan nasihat dan peringatan kepada TPA M-16 supaya sentiasa mematuhi serta merujuk kepada _term of reference_ yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Filipina dan MILF agar setiap perkara yang akan dilakukan berada di dalam lingkungan undang-undang yang telah ditetapkan demi keselamatan bersama.
 
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan ATM, Mejar Jeneral Hashim bin Aman Shah, Ketua Pengarah Operasi dan Latihan (OPLAT) Tentera Darat, Brigedier Jeneral Mohd Adzhar bin Abd Latif selaku pemangku Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Tentera Darat serta penglibatan minimum Pegawai Kanan ATM sejajar dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).