WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
SultanKereta2
ALOR SETAR, 26 Mac 2021 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, telah berkenan untuk berangkat menghadiri Majlis Penyerahan Kenderaan Land Rover GS Kargo Siri III.
 
Majlis penyerahan kenderaan tersebut yang dilangsungkan di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, adalah sebagai tanda Sembah Takzim dan Penghargaan daripada Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah selaku Kolonel Yang Dipertua KPD.
 
Majlis dimulakan dengan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, menyembahkan replika kunci Land Rover GS Kargo Siri III, diikuti plat nombor pendaftaran kenderaan dan bendera kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah.
 
KDYMM Tuanku Sultan Kedah seterusnya berkenan untuk melekatkan plat nombor pendaftaran kenderaan tersebut, iaitu “K12359” dan memasangkan bendera. KDYMM Tuanku Sultan Kedah kemudian turut menerima Sembah Taklimat dari Pengerusi KPD, Mejar Jeneral Meor Anuar Shuhaili bin Mohd Ramli, berkaitan data teknik kenderaan tersebut.
 
SultanKereta1Model Land Rover ini merupakan jenama yang khusus dalam kenderaan pacuan empat roda yang dimiliki oleh pengilang Multinasional British. Tentera Darat telah menggunakan Trak ¾ Tan GS Kargo 4x4 Land Rover Siri II A pada tahun 1971 dan kemudiannya Trak ¾ Tan GS Kargo 4x4 Land Rover Siri III pada tahun 1976. Mengikut sejarah Tentera British di Tanah Melayu, kenderaan ini telah mula digunakan semasa Darurat Pertama (1948 hingga 1960).
 
Turut berangkat hadir menyaksikan majlis ini ialah Duli Yang Teramat Mulia Brigedier Jeneral Tengku Sarafuddin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin, Raja Muda Kedah, dan Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin, Tunku Laksamana Kedah.
 
Tan Sri PTD dan seluruh warga TDM amnya dan warga KPD khasnya, merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan KDYMM Tuanku Sultan Kedah untuk menyempurnakan acara.