WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Bakara2SUNGAI PETANI, 26 Mac 2021 – Tragedi 27 tahun lalu, yang menyaksikan gugurnya perwira bangsa di bumi asing, akhirnya dinukilkan buat tatapan generasi anak bangsa.
Buku “Somalia: Belang Harimau Besi”, yang merakamkan detik bersejarah pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) 1 di Somalia, dilancarkan dengan rasminya hari ini.
Buku hasil tulisan Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Halim bin Khalid, disempurnakan pelancarannya oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, bertempat di Dewan Zainal SP, Kem Lapangan Terbang.
 
Penulisan hasil kolaborasi di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini, bertujuan untuk memaparkan fakta sebenar berkenaan tragedi berdarah di bumi Somalia pada tahun 1993 itu. Ia juga sekaligus bermatlamat membetulkan tanggapan kurang tepat yang telah menidakkan pengorbanan dan perjuangan wira TDM ketika itu.
 
Sesungguhnya, usaha mendokumenkan setiap kisah perjuangan warga TDM yang terlibat di dalam operasi sama ada di dalam negara mahupun ketika berkhidmat di bawah Panji-Panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sewajarnya disokong. Hal ini bagi memastikan generasi TDM masa kini dan juga rakyat Malaysia, mengetahui perit getir yang dilalui warga TDM dalam memastikan keamanan dan kedaulatan Negara sentiasa terpelihara.
 
Hadir sama menyaksikan pelancaran ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBP, Tuan Haji Abdul Halim bin Haji Harun.
Bakara3
TDM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada DBP di atas jalinan kerjasama yang berjaya menghasilkan sebuah naskhah sejarah, buat tatapan generasi masa kini. Tan Sri PTD dan warga TDM juga mengucapkan sekalung tahniah kepada Panglima 5 Divisyen, di atas usaha beliau sehingga terbitnya buku istimewa ini.