WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
MESYUARATMTAT2
PUTRAJAYA, 29 Mac 2021 – Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Mejar Jeneral Dato’ Haji Subari bin Haji Tomo mewakili Panglima Tentera Darat (PTD) menghadiri Mesyuarat Lembaga Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) Ke-83 yang telah dipengerusikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh ahli tetap lembaga iaitu terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima-panglima Perkhidmatan dan Timbalan Naib Canselor UPNM.
 
Mesyuarat yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara pentadbiran berkaitan MTAT dan sebagai wadah ke arah memperkasakan lagi institusi tersebut sebagai salah satu Pusat Intelektual Ketenteraan yang berprestij di dunia.
 
Turut diadakan seiring mesyuarat ini adalah Majlis Pelancaran Logo Jubli Emas MTAT sempena 50 tahun penubuhannya iaitu pada tahun 1971. Maktab ini telah dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia Ke-2 pada ketika itu. Cadangan untuk menubuhkan MTAT disuarakan sendiri oleh beliau pada tahun 1969 bagi memenuhi kehendak dan keperluan-keperluan ATM terutamanya untuk melahirkan pegawai-pegawai terlatih dan profesional di peringkat pertengahan.