WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
PATMERUN4
MELAKA, 29 Mac 2021 – Warga Formasi 10 Briged Para (10 Bgd Para), sebuah ketumbukan Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pastinya berasa bangga menerima Lawatan Ulung kepimpinan tertinggi ATM pada hari ini.
 
Kunjungan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM ke Formasi 10 Bgd (Para), yang turut diiringi oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, bertujuan untuk melihat keupayaan aturgerak 10 Bgd (Para) sebagai salah satu elemen dalam PAC ATM di samping mendapatkan perkembangan terkini pembangunan ketumbukan briged berkenaan dalam semua perkara terutama aspek kesiagaan.
PATMERUN1
Atur cara kunjungan dimulakan dengan Tan Sri PAT menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang didirikan oleh Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD). KKU telah disertai seramai tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dengan diketuai oleh Mej Muhamad Asyraf bin Nazarudin.
 
Tan Sri PAT seterusnya mendengar taklimat berkaitan pengoperasian dan perkembangan 10 Bgd (Para), yang telah disampaikan oleh Panglimanya, Brigedier Jeneral Khairul Azmizal bin Ahmad Natal.
 
Beliau juga telah dipertontonkan dengan demonstrasi keupayaan tempur 10 Bgd (Para). Antara demonstrasi yang dipersembahkan adalah Penerjunan Bebas, Pertunjukan Tempur Tanpa Senjata, _Tactical Combat and Casualty Care_ (TCCC), Renang Tempur, Latihan Menara, _Sniper Insertion_, Tembakan Artileri Medan dan Pertahanan Udara, Serangan Seksyen sebelum diakhiri dengan _Human Wave_ ketumbukan _Leading Parachute Battle Group_ atau LPBG. Demonstrasi berkenaan telah dipersembahkan di Dataran Parawood, Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja Para (8 RRD Para).
 
PATMERUN3Sebagai tanda pengiktirafan di atas kepimpinannya selama menerajui ATM, 10 Bgd (Para) telah menganugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat kepada Tan Sri PAT. Penganugerahan tersebut disempurnakan oleh Tan Sri PTD dengan disaksikan oleh warga ketumbukan 10 Bgd (Para).
 
Penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat, yang menjadi kebanggaan 10 Bgd (Para) ini merupakan penghormatan dan pengiktirafan briged berkenaan kepada individu, pemimpin tertinggi tentera atau kerajaan sama ada dari dalam mahupun luar negara.
 
Simbolik kepada penerimaan ahli baru dalam keluarga Beret Merun, Tan Sri PAT turut dipertontonkan dengan persembahan _Para War Dance_ atau Tarian Perang. Persembahan yang melambangkan keberanian seorang Perajurit Para ini melibatkan seramai 10 pegawai dan 1105 anggota LLP, diketuai oleh Pegawai Memerintah 9 RAMD (Para), Leftenan Kolonel Nor Azlan bin Abu.
 
Tan Sri PTD dan seluruh warga TDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri PAT di atas lawatan yang dilaksanakan dan Sekalung Tahniah di atas penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat tersebut.