WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
BAKATATM2
MELAKA, 29 Mac 2021 - Peranan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) adalah amat penting khususnya dalam menjaga kebajikan keluarga warga ATM yang sering berjauhan dengan pasangan kerana terlibat dengan pelbagai operasi untuk melindungi kedaulatan Negara.
 
Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hjh Tengku Muhaini Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah berkesempatan membuat lawatan ulung untuk bertemu dan beramah mesra bersama warga BAKAT Darat Zon Melaka bertempat di Dewan Serbaguna Kem Terendak.
 
Turut sama menjayakan majlis tersebut adalah Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Datin Zainuriah binti Hj Mustapha yang mengiringi Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM di sepanjang tempoh lawatan tersebut.
 
Program lawatan tersebut bertujuan untuk mengetahui perkembangan aktiviti-aktiviti semasa yang dilaksanakan oleh BAKAT Darat Zon Melaka serta mengeratkan silaturrahim sesama ahli BAKAT di peringkat ATM. Dalam lawatan tersebut, Pengerusi serta ahli Jemaah Tertinggi BAKAT ATM telah dipersembahkan dengan persembahan tarian selamat datang dan disusuli dengan sesi dialog bersama ahli-ahli BAKAT.
 
YAM Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM turut menyampaikan sumbangan kepada warga BAKAT 3 Div sebagai tanda sokongan di dalam melaksanakan program-program yang telah dirancang.
 
BAKATATM1
 
60YAM Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM dalam ucapan beliau berpesan dan menyarankan agar semua ahli BAKAT terus komited dalam menjayakan misi dan visi badan tersebut selain terus menyokong usaha-usaha kebajikan yang telah dilaksanakan.
 
YAM Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM juga menyampaikan sumbangan kebajikan kepada ahli BAKAT dan anak sakit kronik. Sumbangan tersebut diharapkan dapat meringankan bebanan keluarga serta sebagai memberi sokongan moral selaras dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD ke-28 bagi membentuk "Pelestarian Kesejahteraan Warga" yang lebih utuh.
 
Acara dilaksanakan dengan penglibatan minima peserta BAKAT serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).