WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
BAKATSHOPPE1
MELAKA, 29 Mac 2021 - Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Datin Zainuriah Hj Mustapha mengiringi Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hjh Tengku Muhaini Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah ke acara perasmian Amal Shoppe BAKAT Darat Zon Melaka bertempat di Kelab Mutiara, Kem Terendak.
Inisitiaf menubuhkan kedai-kedai Amal Shoppe adalah cetusan idea oleh YAM Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM bagi membantu ahli-ahli BAKAT memasarkan hasil kraftangan, produk makanan dan barangan preloved. Kedai Amal Shoppe yang diwujudkan diharapkan dapat membantu ahli-ahli BAKAT dalam menjana pendapatan sampingan yang mampu meningkatkan taraf sosio-ekonomi keluarga.
 
Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat dan seluruh ahli BAKAT Darat menzahirkan penghargaan terima kasih di atas kesudian YAM Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM hadir menyempurnakan acara perasmian di Zon Melaka.