WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PATMERUN1
MELAKA, 30 Mac 2021 – Warga Tentera Darat Malaysia (TDM) yang berada di negeri Melaka, pastinya berasa bertuah kerana berpeluang untuk bersua dengan lebih dekat dengan kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
 
Majlis ramah mesra telah diadakan bersempena lawatan kerja Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM ke formasi 10 Briged Para (10 Bgd Para) pada 29 Mac 2021. Acara berkenaan telah dilaksanakan bertempat di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang, Melaka.
 
Ketibaan Tan Sri PAT dan Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) ATM, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah telah disambut oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain bersama-sama Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Datin Zainuriah binti Haji Mustapha.
 
Majlis tersebut menjadi medan terbaik untuk warga TDM dan BAKAT Darat di negeri Melaka untuk berinteraksi bersama kepimpinan tertinggi ATM dan TDM.
 
PATMERUN2
Di samping itu, majlis pada malam tersebut turut juga meraikan golongan asnaf dari formasi 3 Div, 10 Bgd (Para) dan 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK). Penyerahan sumbangan istimewa telah disampaikan oleh Tan Sri PAT bertujuan membantu meringankan bebanan kehidupan kepada mereka yang memerlukan. Tan Sri PAT turut menyampaikan sumbangan berupa kerusi roda daripada Badan Amal Kasih Sayang Malaysia (BAKASA) bagi kegunaan di 94 Hospital Angkatan Tentera (94 HAT).
 
Tan Sri PTD dan seluruh warga TDM merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian Tan Sri PAT dan YAM Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM untuk menyantuni golongan asnaf dalam kalangan warga TDM di negeri Melaka.
 
Acara dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh Kerajaan.