WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Retreat ATM
Kuala Lumpur, 31 Mac 2021 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menghadiri Retreat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2021 yang dilaksanakan di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.
 
Retreat ATM 2021, merupakan forum dan sesi percambahan minda bagi menilai prestasi Tahun 2020 serta merancang penetapan hala tuju ATM Tahun 2021, yang mendukung aspirasi Kertas Putih Pertahanan (KPP).
 
Retreat ATM yang dilaksanakan di Wisma Perwira ATM, berlangsung selama 2 hari bermula 31 Mac 2021 sehingga 1 April 2021. Program berkenaan telah dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM.
 
Sejumlah sembilan Kertas Kerja dan Pelaporan dibentangkan di dalam Retreat ATM 2021. Bagi pembentangan daripada Markas Tentera Darat, ianya meliputi pencapaian Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi Tahun 2020 berdasarkan kepada 3 Prinsip dan 5 Tonggak (3P 5T) Perintah Ulung PTD Ke-28. Selain itu, turut dibentangkan adalah hala tuju TDM bagi tahun 2021 yang akan memberikan penumpuan kepada imbangan kekuatan 2/3 dan 1/3, dengan objektif mempertahankan dua wilayah secara serentak, berdasarkan Pelan _Army 4 Next Generation_ (Army4NextG). Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh Inspektor Jeneral Tentera Darat (IJ TD), Brigedier Jeneral Dr. Kwong Fook Wen.
 
Turut hadir dalam retreat berkenaan adalah Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan TD, Mejar Jeneral Rashidin Hashimi bin Ab Rashid.