WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
RMC5
SUNGAI BESI, 2 April 2021 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menghadiri Perbarisan Tahunan Maktab Tentera Diraja (MTD) Tahun 2020 yang disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan (MENHAN), YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Perbarisan tersebut telah berlangsung di Padang Kawad MTD, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini.
 
Perbarisan dan penyampaian hadiah tersebut adalah sebagai tanda penghormatan dan mengiktiraf kejayaan Putera Tingkatan 5 MTD. Seramai 442 putera terlibat dalam perbarisan ini terdiri daripada 200 Putera Tingkatan 5 (Tahun 2020) dan 242 Putera Tingkatan 5 (Tahun 2021). Perbarisan berkenaan diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan (PRK) Ahmad Amer Izwan bin Mazelan (Tingkatan 5/Kompeni Charlie). Perbarisan diiringi oleh pancaragam pusat Kor Armor Diraja (KAD) di bawah pimpinan Mejar Zaiful Azman bin Zainol Abidin.
 
RMC3
Menteri Kanan Pertahanan turut menyampaikan hadiah kepada Putera MTD mengikut lima kategori iaitu Johan Kompeni Pengarah Pengajian dimenangi oleh Kompeni Foxtrot yang dipimpin Mejar Shahfizal bin Khairudin. Seterusnya, Anugerah Lembaga Tadbir (BOG) dimenangi oleh Putera Kanan Adam Manan bin Nordin Manan dari Kompeni Hotel. Anugerah Pengarah Pengajian pula dimenangi oleh PRK Nicholas Ong Yong Xen dari Kompeni Golf. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah Anugerah Komandan yang dimenangi oleh PRK Ahmad Hafizuddin bin Abd Halim dari Kompeni Delta dan terakhir adalah Anugerah Menteri Pertahanan yang dimenangi oleh PRK Ahmad Amer Izwan bin Mazelan dari Kompeni Charlie.
 
Dalam ucapannya, YB MENHAN memaklumkan bahawa MTD merupakan sebuah institusi pendidikan peringkat menengah yang amat berbeza berbanding sekolah-sekolah yang lain. ‘Berkhidmat Memimpin’ atau ‘Serve To Lead’ adalah cogan kata yang disematkan dalam diri putera-putera, terbukti telah berjaya melahirkan ramai pemimpin ulung di negara kita. Malah kepimpinan tertinggi semua cabang Angkatan Tentera Malaysia juga diterajui oleh bekas putera. Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut dan Panglima Tentera Udara juga adalah bekas pelajar MTD maka MTD boleh berbangga dengan pencapaian ini. Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan penuntut terbaik serta berharap kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai akan menjadi inspirasi untuk terus maju.
RMC4
Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima-Panglima Perkhidmatan, serta penglibatan minimum Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan, ATM dan ibu bapa penuntut MTD sejajar dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kerajaan.