WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
TARANTULA1
SUNGAI BESI, 2 April 2021 - 'TARANTULA', begitulah nama yang diberikan kepada Kenderaan Berperisai Mobiliti Tinggi (HMAV) 4x4, sebuah kenderaan tempur buatan syarikat tempatan.
 
Majlis penamaan HMAV 4x4 tersebut, yang disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan (MENHAN), YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob serta turut dihadiri oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, telah dilangsungkan di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.
 
Kenderaan HMAV 4x4, buatan MILDEF International Technologies Sdn Bhd ini, mempunyai kelebihan yang tersendiri kerana keupayaannya untuk diatur gerak di dalam pelbagai bentuk muka bumi. Ia mampu mencapai kelajuan sehingga 110 km/j manakala sistem persenjataannya pula berupaya menembak secara 360 darjah.
 
TARANTULA3
YB MENHAN terlebih dahulu telah merasmikan logo Kenderaan Berperisai Pertama Malaysia ini yang bermotifkan Keris sebagai menggambarkan lambang ketamadunan Melayu.
 
Pengisytiharan nama 'TARANTULA' pula, kemudiannya dilaksanakan dengan gimik peletakan plat oleh YB MENHAN pada kenderaan berkenaan.
 
Pemilihan nama 'TARANTULA' ini adalah berdasarkan sifat dan keupayaan haiwan tersebut yang dikatakan mampu mengubah warna dan tingkahlaku sesuai dengan persekitaran. Haiwan berkenaan juga dikatakan berkeupayaan membunuh haiwan lain yang lebih besar darinya.
 
Aset tempur sebegini dilihat amat bersesuaian dengan pelaksanaan tugasan operasi bukan sahaja untuk Tentera Darat Malaysia, malahan untuk pasukan agensi keselamatan Malaysia yang lain.