WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
LawatanOku1
MELAKA, 5 Apr 2021 – Dua waris anggota Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (17 RAMD (Para)) dan Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para) (8 RRD (Para)), Kem Terendak, pastinya berasa amat bertuah apabila dikunjungi oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.
Kunjungan Kebajikan tersebut dilaksanakan sempena keberadaan Tan Sri PTD di Kem Terendak, Melaka bagi menghadiri acara Forum Perdana Sempena Hari Tentera Darat Ke-88.
 
Terdahulu, Tan Sri PTD menyantuni adik Carmelia Nelly Mutang yang berumur 5 tahun. Adik Carmelia Nelly Mutang, merupakan anak kepada Lans Koperal Jeffry Latit anak Gelau, anggota 8 RRD (Para). Anak beliau disahkan menghidap penyakit jantung berlubang, autisme dan neurodevelopmental (kekurangan dalam komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku) sejak berusia 2 minggu. Adik Carmelia Nelly Mutang kini menjalani terapi di Tadika Kemas Kem Terendak atas saranan Pakar Perubatan 94 Hospital Angkatan Tentera (94 HAT), Kem Terendak, Melaka bagi membolehkan beliau berinteraksi dan belajar bersama rakan sebaya.
 
Kunjungan Kebajikan kemudiannya diteruskan dengan menyantuni anak kepada Staf Sarjan Zaki bin Taib, anggota 17 RAMD (Para) iaitu adik Mohamad Adam Idofie, berusia 12 tahun. Adik Mohamad Adam Idofie disahkan menghidap penyakit Cerebralpalsy Quadrpegia ( penyakit saraf) sejak 11 Mac 2013, mempunyai masalah pergerakan yang memerlukan penjagaan dan pemerhatian rapi. Anak istimewa ini juga masih perlu menjalani rawatan susulan serta pemeriksaan berkala 6 bulan sekali di 94 HAT, Kem Terendak.
 
Waris dan anggota yang disantuni dalam kunjungan kebajikan ini, menerima sumbangan daripada Tan Sri PTD berupa hamper, sumbangan peribadi dan sumbangan daripada Tabung Kebajikan Tentera Darat. Sumbangan ini bagi meringankan beban yang ditanggung anggota.
 
Kunjungan Kebajikan sebegini akan terus dilaksanakan demi memastikan kebajikan setiap warga Tentera Darat Malaysia sentiasa terbela dan terpelihara, sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28, “Pelestarian Kesejahteraan Warga”.