WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Musaadah4
KUALA LUMPUR, 5 April 2021 – Petugas Barisan Hadapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), turut diraikan sebagai kelompok yang layak menerima Bantuan Musa’adah.
Majlis Penyerahan Bantuan Musa’adah, yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah diadakan di Penthouse, Wisma Perwira ATM.
 
Terdahulu ketibaan YB Menteri Kanan Pertahanan (MENHAN), Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Bin Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Mohammad bin Ab Rahman, yang mewakili Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.
 
Di dalam majlis tersebut, YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) menyerahkan replika cek kepada Tan Sri PAT sebagai simbolik Penyerahan Bantuan Musa’adah kepada warga ATM. Bantuan Musa’adah merupakan bantuan kepada anggota Petugas Barisan Hadapan Pandemik COVID-19 dan mereka yang terkesan akibat musibah yang melanda.
 
Sumbangan Bantuan Musa’adah yang diterima ATM berjumlah sebanyak RM 800,000 iaitu RM 400,000 berupa wang tunai manakala bakinya berupa barangan keperluan.
Musaadah1
Seluruh warga ATM menzahirkan penghargaan kepada YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) di atas sumbangan yang telah diberikan kepada anggota ATM. Majlis ini juga sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke – 28 iaitu, “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam”, yang memberikan penumpuan kepada aspek pembentukan keyakinan dan pengiktirafan rakyat kepada TDM.