WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PUTDKUALA LUMPUR, 6 April 2021 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menerima kunjungan hormat daripada Tunku Temenggong Johor, YAM Leftenan Kolonel Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim di Pejabat Panglima Tentera Darat, Wisma Pertahanan hari ini.
 
Baginda kini menjawat jawatan sebagai Juruterbang Tentera Darat di Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat, Kem Mahkota, Kluang, Johor. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memaklumkan perkembangan kerjaya selanjutnya bagi YAM Tunku Temenggong Johor dalam Angkatan Tentera Malaysia.