WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
CCT2
KUALA LUMPUR, 7 April 2021 – Forum Chiefs' Circle Talk (CCT) Siri 1/2021, telah dilangsungkan di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pada hari ini.
 
Forum ini yang turut dihadiri oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, mengetengahkan isu berkaitan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN).
 
Forum CCT merupakan forum perbincangan bersifat eksklusif, berilmiah dan bermanfaat melibatkan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Ketua Setiausaha (KSU), Panglima-Panglima Perkhidmatan serta mantan-mantan PAT, KSU dan Panglima Perkhidmatan.
 
Forum CCT Siri 1/2021 kali ini yang bertemakan DIPKN, disempurnakan perasmiannya oleh PAT, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan dipengerusikan secara bersama dengan KSU, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz.
 
CCT1Sementara itu, YB Menteri Kanan Pertahanan (MENHAN), Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, di dalam ucaptama yang disiarkan secara rakaman, telah menyarankan agar satu dasar baru yang lebih komprehensif perlu dibangunkan. Ia bertujuan memberi garis panduan yang menumpukan ke arah usaha penyelidikan, pembangunan kapasiti dan pembiayaan.
 
Sehubungan itu, Forum CCT Siri 1/2021 ini akan memperhalusi perkara berkaitan penggubalan DIPKN. Penggubalan ini akan mengambil kira tiga tonggak utama strategi pertahanan iaitu, cegah rintang berpadu, pertahanan komprehensif dan perkongsian berwibawa. Penggubalan ini juga adalah berdasarkan kepada garis panduan Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021 - 2025 dan Kertas Putih Pertahanan (KPP).
 
Forum kali ini turut melibatkan sesi taklimat oleh Bahagian Industri Pertahanan (BIP) dan konsultan dari Malaysian Industry Government Group For High Technology (MIGHT).