WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Coretan2
KUALA LUMPUR, 8 April 2021 - Panglima Tentera Darat, (PTD) Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menghadiri majlis pelancaran buku “In Pursuit of Quality Soldiering: The Story of the Man Behind the Malaysian Green Beret” bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Acara berkenaan telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.
 
Buku ini merupakan hasil tulisan Jeneral Tan Sri (Dr) Borhan bin Ahmad (Bersara); mantan Panglima Angkatan Tentera Ke-12 dan disunting oleh Leftenan Kolonel Dr. S. Ananthan (Bersara) dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Buku terbitan UPNM dengan kerjasama ATM ini berkisar kepada kerjaya dan pengalaman Jeneral Tan Sri (Dr.) Borhan bin Ahmad (Bersara) yang memasuki Maktab Tentera Persekutuan pada tahun 1953 dan seterusnya menceburi ATM sehingga bersara pada tahun 1995. Pelbagai kejayaan yang dicapai beliau sehingga menjadi satu-satunya 'Komando' yang pernah menjawat jawatan PAT.
 
Buku ini menyoroti kembali era perkhidmatan beliau di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) khususnya dan ATM amnya. Lebih menarik lagi apabila kandungan buku ini turut mencoretkan tahap-tahap penubuhan Gerup Gerak Khas (GGK) di dalam organisasi TDM ataupun lebih dikenali sebagai 'Komando'.
 
Secara eksklusif, kupasan mengenai operasi-operasi khas yang dilaksanakan oleh unit-unit GGK semasa menentang Komunis dan musuh-musuh Negara yang tidak pernah diceritakan turut diselitkan sebagai menyuntik semangat patrotisme dan cintakan tanah air. Beliau berkongsikan pelbagai cabaran dan pengalaman yang wajar dijadikan rujukan serta diteladani oleh perwira dan pemimpin masa kini serta generasi akan datang.
 
Coretan1
 
Jeneral Tan Sri (Dr.) Borhan bin Ahmad (Bersara) di dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan terhadap segala usaha yang telah dilaksanakan dalam memastikan coretan pengalaman serta perkara yang telah dilalui beliau di dalam perkhidmatan, dapat dibukukan sebagai rujukan kepada generasi baharu.
 
Turut hadir dalam acara berkenaan adalah, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Abdul Rahman bin Hj Ayob, Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Mantan PTD Ketujuh, Jeneral Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali bin Md Seth, serta penglibatan minima Pegawai ATM serta Veteran ATM.