WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Kurma1
SUMBANGAN KURMA SEMPENA BULAN RAMADAN KEPADA SEMUA WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) DAN PENJAWAT AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN
 
KUALA LUMPUR, 9 April 2021 – Majlis Penyerahan Sumbangan Kurma Sempena Bulan Ramadan 1442H kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penjawat awam Kementerian Pertahanan telah diadakan di Bilik Tamu Bunga Raya, Wisma Pertahanan.
 
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan (MENHAN), YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan dimulakan dengan penyampaian sumbangan buah kurma kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, mewakili penjawat awam Kementerian Pertahanan. Seterusnya, penyampaian sumbangan diberikan kepada Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM mewakili ATM, Panglima Tentera Darat, (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain mewakili Tentera Darat Malaysia (TDM), Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL), Laksdya Dato’ Abdul Rahman bin Ayub mewakili Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi, Markas Tentera Udara, Mejar Jeneral Dato’ Zulkifli Hamid TUDM mewakili Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
 
Turut hadir dalam majlis serba ringkas ini adalah Timbalan MENHAN, YB Dato’ Sri Ikmal Hisyam bin Abdul Aziz dan penglibatan minima Pegawai Kanan ATM dan TDM.