WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Ihya1
KUALA LUMPUR, 9 April 2021 - Panglima Tentera Darat, (PTD) Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menghadiri Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan dan Sumbangan Tabung Zakat ATM 1442H/2021M bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.
 
Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan 1442H dilaksanakan bertujuan untuk mengutip sumbangan bagi membiayai program dan aktiviti sepanjang bulan Ramadan 1442H. Sepanjang bulan Ramadan 1442H, MKWK akan melaksanakan program Ihya’ seperti sumbangan juadah berbuka puasa, agihan bubur lambuk dan moreh. Penabungan dibuat melalui edaran kupon kepada anggota di markas-markas perkhidmatan. Jumlah kutipan terkumpul akan dilakukan penabungan oleh Panglima-Panglima Perkhidmatan sejurus pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan yang disempurnakan oleh Tan Sri PAT.
 
Ihya2Objektif yang ingin dicapai melalui majlis ini adalah untuk mengutip sumbangan derma dari individu dan syarikat bagi membiayai program dan aktiviti sepanjang Ramadan 1442H, menyemarakkan aktiviti syiar Islam di setiap masjid dan surau ATM khususnya pada bulan Ramadan dan meningkatkan kesedaran anggota untuk membuat persediaan fizikal dan spiritual bagi menyambut bulan Ramadan 1442H.
 
Dalam ucapan Tan Sri PAT, beliau memaklumkan dengan wujudnya tabung ini, peluang untuk kita memperbanyakkan amal jariah serta membelanjakan harta ke jalan Allah akan lebih dipermudahkan. Hasil yang diperolehi daripada kutipan tabung Ihya’ Ramadhan tersebut akan digunakan untuk menampung perbelanjaan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan seperti penyediaan juadah berbuka puasa serta pelaksanaan program memasak dan mengagihkan bubur lambuk.
 
Majlis diteruskan dengan Penyerahan Mock Cheque. Sumbangan Tabung Zakat (TZ) ATM untuk Masjid dan Surau ATM berjumlah RM183,500 yang disampaikan oleh Tan Sri PAT kepada Panglima Tentera Darat, (PTD) Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain mewakili TDM, Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi mewakili Markas ATM serta wakil-wakil perkhidmatan TLDM dan TUDM.