WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
dINING2
KUALA LUMPUR, 9 April 2021 – Meneruskan tradisi yang menjadi teras Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM), Majlis Makan Malam Rejimental Dining In Panglima Tentera Darat telah dilangsungkan di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.
 
Majlis Dining In, merupakan salah satu bentuk sambutan dan keraian yang tertakluk di dalam SPR TDM, sebagai tanda meraikan pemimpin yang baru mengambil alih tugas dan jawatan di dalam sesuatu organisasi. Sehubungan itu, majlis kali ini bertujuan meraikan Panglima Tentera Darat (PTD) Ke - 28, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, yang telah mengambil alih tampuk kepimpinan TDM pada 11 Jun 2020 yang lalu. Majlis tersebut telah tertangguh beberapa kali akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan akhirnya dapat dilaksanakan pada hari yang bersejarah ini.
 
Tan Sri PTD di dalam ucapannya, menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Wisma Perwira Tentera Darat di atas penganjuran majlis rejimental sebegini. Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua peringkat pemerintah dan staf di atas kerjasama yang telah diberikan di dalam tempoh sembilan bulan beliau menerajui ketumbukan TDM ini.
 
dINING1Tan Sri PTD menyatakan bahawa kerjasama dan sokongan semua pihak amat diperlukan di dalam usaha untuk mendokong serta merealisasikan pelaksanaan Lima Tonggak (5 P) Perintah Ulung yang telah dihasratkan oleh beliau, demi memastikan kelestarian berterusan keutuhan dan kecemerlangan TDM.
Penganjuran majlis ini, walaupun dilaksanakan dengan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan norma-norma baharu, tetap dilangsungkan dengan penuh istiadat ketenteraan.
 
Warga TDM merakamkan penghargaan di atas kesudian Tan Sri PTD menghadiri majlis ini. Didoakan agar Tan Sri PTD akan terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus menerajui ketumbukan TDM.
 
Hadir sama memeriahkan majlis ialah Puan Sri Datin Zainuriah binti Hj Mustapha, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad bin Ab Rahman, dan isteri, Datin Ramlah binti Dawi, serta penglibatan minimum pegawai kanan dan pegawai TDM.