WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Eks101
TERENGGANU: Seramai 15 pegawai dan 109 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (18 RAMD (Para)) terlibat dalam Eksesais Lion Hybrid Siri 1/2021 yang dilaksanakan di sekitar kawasan Manir dan Kuala Nerus pada 1 hingga 9 Apr 2021.
 
Objektif latihan ini adalah untuk melatih anggota ke arah pemantapan fizikal dan mental dalam menyediakan sebuah Batalion Battle Ready sebagai persiapan bagi menghadapi Eksesais Para Predator Siri 1/21 yang dijangka pada bulan Jun dan Jul 2021.
 
Eksesais ini dilaksanakan dalam empat fasa yang mana Fasa Pertama bermula dengan pelaksanaan Teori dan Praktikal, manakala Fasa Kedua ialah pelaksanaan aplikasi Tactical Exercise Without Troop (TEWT) yang melibatkan Ketua Kompeni dan Ketua Platun.
 
Seterusnya, Fasa Ketiga pula adalah Penyampaian Perintah oleh semua peringkat pemerintahan dan Fasa Keempat merupakan Field Training Exercise (FTX).
 
Latihan ini dilaksanakan bagi menguji kompetensi semua peringkat warga yang terlibat dalam aspek pelaksanaan Aslt River Crossing, Small Unit Operation (SUO), Tactical Navigation, Break Out From Encirclement Operation dan diakhiri dengan serangan Operations in Built-Up Area (OBUA).
 
Eks102
 
Selain itu, eksesais ini menggabungkan kemahiran dan kepakaran dalam aspek Contemporary Warfare dan Spec Op dalam usaha menyediakan persekitaran ke arah yang lebih realistik mengikut keadaan semasa.
 
Di samping itu, eksesais ini juga dinilai sendiri oleh Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para) dan perlaksanaan Post Action Review (PAR) turut dilaksanakan pada akhir eksesais bagi mengenalpasti kelemahan dan penambahbaikan di masa hadapan sebagai persediaan kepada Eksesais Para Predator yang diilhamkan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal.
 
- Markas 10 Briged (Para)