WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
BAKATTDPUASA1
MELAKA, 13 April 2021 - 10 Briged (Para) telah dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan Seminar Pengerusi-Pengerusi BAKAT Briged bagi tahun 2021 pada 9 hingga 11 Apr 21 di salah sebuah hotel di Melaka. Seminar pada kali ini disertai oleh 22 peserta dari semua Formasi Tentera Darat (TD).
 
Objektif seminar tersebut adalah untuk membentuk dan melahirkan Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Briged yang berilmu, berintegriti, komited, ikhlas dalam memainkan peranan dan tugas serta meningkatkan keutuhan etika, rohani serta protokol Pengerusi BAKAT Briged terutamanya dalam majlis-majlis rasmi/rejimental. Antara pengisian seminar kali ini adalah berkaitan dengan peranan, tugas dan tanggungjawab Pengerusi BAKAT Briged, etika sosial dan penampilan diri, kepimpinan dan pengurusan stress serta perkara-perkara kerohanian yang turut merangkumi ceramah kerohanian iaitu “Diriku Seumpama Aisyah” dan juga “Ritual: Satu Tradisi atau Syariat”.
 
Acara penutup seminar telah disempurnakan oleh YBhg Puan Sri Datin Zainuriah binti Haji Mustapha, selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat. Dalam ucapannya, beliau menekankan supaya peserta-peserta dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai Pengerusi BAKAT Briged dengan penuh integriti, komited, bertanggungjawab, ikhlas serta dapat memainkan peranan dan tugas yang sewajarnya.
 
Turut hadir adalah YBhg Datin Ramlah binti Dawi, Timbalan Pengerusi JT BAKAT Darat, YBhg Datin Hartiah binti Hamzah, Naib Pengerusi 1 Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, YBhg Datin Sdafra' binti Hj Ahmad, Naib Pengerusi 2 Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Mejar Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat selaku Penasihat BAKAT Darat, dan Puan Rozita Waty bin Ridzuan, Pengerusi BAKAT 10 Briged (Para) selaku penganjur seminar. Manakala Penceramah Jemputan adalah Kolonel Mohd Rashidi bin Bujai, (Pengarah Sel Agama TD), Leftenan Kolonel Rozi binti Abbas, (Pegawai Staf 1 Operasi, Pejabat Provos Marsyal TD) dan Leftenan Kolonel Norhayati binti Mohd Yusoff, (Pegawai Staf 2 Agama, Sel Agama TD).