WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
IhyaRamadhan1
KUALA LUMPUR, 14 April 2021 - Jabatanarah Infantri telah melaksanakan Ceramah Ihya Ramadan pada 13 dan 14 Apr 21 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatanarah Infantri.
 
Ceramah ini dilaksanakan bagi mengambil keberkatan sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Disamping itu juga, Jabatanarah Infantri turut melaksanakan aktiviti keagamaan seperti Tadarus Al-Quran pada setiap pagi bagi meningkatkan amalan, ketaqwaan dan penghayatan tentang Islam kepada semua warga Jabatanarah Infantri.
IhyaRamadhan2
 
Ceramah Ihya Ramadan telah dilaksanakan dalam tiga sesi. Sesi pertama telah disampaikan oleh Kapten Mohd Na’im bin Hj Ahmad Al-Hafiz, manakala bagi sesi kedua telah disampaikan oleh Mejar Hapidi bin Hussin dari Sel Agama, MK TD pada 13 Apr 21. Pada 14 Apr 21, ceramah Ihya Ramadan diteruskan lagi untuk sesi ketiga dan telah disampaikan oleh Kapten Mohd Na’im bin Hj Ahmad Al-Hafiz. Ceramah Ihya Ramadan yang dilaksanakan telah dihadiri oleh semua staf di Jabatanarah Infantri dengan pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
 
IhyaRamadhan3
Brigedier Jeneral Dato’ Hj Muhammad Huzaimi bin Sabri, Pengarah Infantri turut menyampaikan cenderahati kepada penceramah sebagai tanda terima kasih diatas kesudian penceramah meluangkan waktu untuk majlis ilmu tersebut. Majlis ini akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan bagi meningkatkan ‘Combat Spiritual’ di kalangan warga Jabatanarah Infantri.