WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
RayaGemas1
GEMAS, 6 Mei 2021 - Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah merasmikan Masjid As-Solihin bertempat di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
 
Masjid As-Solihin yang mampu menampung seramai 1,500 orang jemaah mula dibina pada 20 November 2017 dan siap sepenuhnya pada 17 Februari 2019. Masjid ini kemudiannya didaftarkan pada 28 Ogos 2020 untuk diisytiharkan sebagai masjid. Ia menjadi mercu tanda baharu buat Warga Kem Syed Sirajuddin. Semoga dengan adanya masjid baharu ini, ia memberi keselesaan kepada semua Warga Kem Syed Sirajuddin untuk terus beribadat dan mengimarahkan masjid bagi memperkasakan ummah.
 
Selesai Majlis Perasmian Masjid, Tan Sri PTD turut bersama-sama di dalam Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Tentera Darat yang telah dipimpin oleh Pengarah Agama Markas Tentera Darat, Kolonel Haji Rashidi bin Haji Bujai. Program Tadarus Al-Quran yang dilaksanakan bermula 1 Ramadan hingga 23 Ramadan 1442H melibatkan seramai 70 peserta daripada pelbagai formasi dalam Tentera Darat Malaysia.
 
Pelaksanaan majlis perasmian masjid ini adalah selaras dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke - 28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang memfokuskan kepada aspek kebajikan warganya dalam menyediakan segala insfrastruktur yang lebih baik demi kesejahteraan bersama.
 
RayaGemas3