WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
RayaGemasPTD2
GEMAS, 6 Mei 2021 - Aktiviti kerohanian dalam kalangan Warga Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat sempena Ramadan Al-Kareem 1442H/2021 diserikan dengan berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa Warga Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) bersama Panglima Tentera Darat bertempat di Masjid As- Solihin, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
 
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain dan Puan Sri Zainuriah binti Hj Mustapha bersama-sama Warga PMBTD yang hadir menikmati juadah jamuan berbuka puasa dan diikuti dengan menunaikan Solat Maghrib yang dipimpin oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mejar Jeneral Dato’ Hj Nawawi bin Daud. Manakala Solat Isyak, diikuti dengan Solat Sunat Tarawih telah dipimpin oleh Kapten Mohd Na'im bin Hj Ahmad Al Hafiz.
 
Sempena majlis tersebut, turut diadakan penyampaian sumbangan Sinar Kasih kepada dua orang balu dari Kem Syed Sirajuddin serta sumbangan Tabung Musaadah ATM kepada 15 anggota manakala 10 anggota lagi menerima sumbangan Tabung Zakat Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Semoga dengan sumbangan tersebut, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban semua penerima.
 
RayaGemasPTD4Ucapan aluan telah disampaikan oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Leftenan Jeneral Datuk Hafizuddeain bin Jantan. Di dalam ucapan tersebut, beliau menzahirkan penghargaan terima kasih di atas kehadiran Tan Sri PTD menyantuni Warga PMBTD di Kem Syed Sirajuddin walaupun di dalam kepadatan aktiviti beliau.
 
Pelaksanaan majlis sebegini adalah selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke - 28 iaitu “Keutuhan Organisasi”, yang memberikan penekanan kepada kesepaduan dan kebersamaan. Manakala penyampaian sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan, amat bertepatan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke – 28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang memfokuskan kepada aspek kebajikan warganya.
 
Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Mohammad bin Ab Rahman dan isteri, Datin Ramlah binti Dawi, Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat, Pegawai Waren 1 Pauzi bin Mohd Ali serta penglibatan minima pegawai dan anggota PMBTD.