WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
MayaPTD2
KUALA LUMPUR, 17 Mei 2021 – Satu sesi perbincangan secara maya Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain bersama Panglima-Panglima Formasi telah diadakan di Pusat Operasi Tentera Darat (POTD).
 
Sesi tersebut yang dilaksanakan melalui Sidang Video, merupakan medan perbincangan di antara Pimpinan Tertinggi dan Pemerintah Formasi Tentera Darat Malaysia (TDM). Di dalam sesi kali ini, pelbagai isu semasa berkaitan hal ehwal dalam dan luar negara dibincangkan, antaranya penugasan dan aturgerak TDM di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta isu kemanusiaan di Palestin.
 
MayaPTD1Aktiviti sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD iaitu “Keutuhan Organisasi”, yang memberikan penekanan kepada kesepaduan dan kebersamaan. Ia dilaksanakan dengan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
 
Turut serta di dalam sesi kali ini adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad bin Ab Rahman, Ketua Staf Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Hj Subari bin Hj Tomo, serta penglibatan minima Pegawai-Pegawai Kanan TDM di Markas Tentera Darat.