WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
FieldICU1
KUALA LUMPUR, 17 Mei 2021 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain mengiringi Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, dalam satu lawatan rasmi ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT TM), Kuala Lumpur.
 
Lawatan rasmi tersebut bertujuan untuk sesi Taklimat Kesiagaan Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan mengaturgerak Field ICU ATM ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.
 
Sesi taklimat melitupi sesi Dry Run pengoperasian Field ICU ATM telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan-Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh dan Pengarah Perubatan, Markas ATM-Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Mejar Jeneral Dato’ (Dr) Mohammad Amirrudin bin Hamdan. Ia adalah sebagai proses persediaan sebelum memulakan operasi Field ICU tersebut di Hospital Kepala Batas, Pulau. Pinang. Field ICU ATM ini didirikan bagi menampung peningkatan kes-kes kritikal berkaitan COVID-19 yang meningkat secara mendadak di Pulau Pinang.
 
Sebelum ini, antara usaha lain yang dilaksanakan oleh ATM dalam membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah melalui kaedah preventif seperti melaksanakan ujian saringan di zon-zon merah, lapangan terbang serta pintu-pintu masuk negara yang lain. Perkhidmatan Kesihatan ATM juga membantu di dalam perancangan, pembinaan dan pengoperasian Pusat Rawatan COVID-19 MAEPS, Serdang, Selangor, COVID-19 Makeshift Treatment Centre, Pokok Sena, Kedah, Hospital Medan ATM, Tawau, Sabah dan Hospital Medan ATM, Kapit, Sarawak.
 
FieldICU2
 
Terkini, ATM dengan kerjasama KKM merancang aturgerak Field ICU ATM ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang. Field ICU ATM ini mampu menempatkan 24 pesakit kritikal COVID-19. Sistem Field ICU ATM ini merupakan satu sistem hybrid yang menggunakan kombinasi Modul Kontena dan Kompleks Khemah Utiliti serta dilengkapi dengan peralatan perubatan yang diperlukan. Konsep pengoperasian multi-agency akan di gunapakai bagi operasi ini.
 
Aturgerak anggota serta aset akan di lakukan mulai 18 Mei 2021 dan pengoperasian fasa awal Field ICU ATM ini di jangka siap seawal akhir minggu ini. Aturgerak ini melibatkan tiga pegawai dan 30 anggota lain-lain pangkat daripada dua Batalion Perubatan, dua Pakar Bius daripada HAT TM dan dua Pakar Teknikal Operasi Hospital Medan. Manakala, dari segi peralatan serta kelengkapan, ia terdiri daripada tiga Modul ICU, satu Modul X-Ray, tiga Khemah Uitilis TM 54, tujuh Khemah Utilis TM 26 beserta aset-aset perubatan dan logistik am yang lain.
 
Jesteru, ATM akan sentiasa bersiap sedia membantu agensi-agensi awam dan sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan di seluruh negara sebagai salah satu daripada Military Operation Other Than War (MOOTW). Usaha ATM ini juga adalah sebahagian dari implimentasi Pelan Strategik Kementerian Pertahanan iaitu Pengukuhan Kerjasama Awam -Tentera (Civil Military Cooperation – CIMIC) demi Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).
 
Semoga segala usaha ini dapat membantu KKM dalam memastikan rawatan yang terbaik diberikan kepada pesakit-pesakit kritikal COVID-19 di Kepala Batas, Pulau Pinang serta kawasan sekitarnya nanti, seterusnya mengurangkan kadar kematian akibat COVID-19 di Malaysia.
 
Sesi taklimat ini adalah selaras dengan Tonggak Kelima, Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Meningkatkan Hubungan Tentera Darat dan Awam” yang memfokuskan kepada mempertingkatkan hubungan kerjasama yang baik antara Tentera Darat Malaysia dan agensi awam dalam apa jua situasi.