WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Army4NextG1
KUALA LUMPUR, 27 Mei 2021 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain menerima Kunjungan Hormat oleh Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik – Dasar dan Hubungan Antarabangsa Kementerian Pertahanan, Encik Sahipulhijaiman bin Sulaiman di Bilik Tamu, Pejabat Panglima Tentera Darat hari ini.
 
Kunjungan Hormat tersebut bertujuan untuk membincangkan hal ehwal yang berkaitan dengan program pemodenan serta aktiviti yang melibatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan juga dasar-dasar berkaitan Pelan Pembangunan Keupayaan Strategik TDM seperti 'Army 4NextG' (For Next Generation).