WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
 
VAKSINBESI3
KEM PERDANA SUNGAI BESI, PERINTIS PROGRAM VAKSINASI PANDU LALU PERINGKAT TENTERA DARAT MALAYSIA
 
KUALA LUMPUR, 7 Jun 2021 – Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur dipilih sebagai perintis bagi pelaksanaan Program Vaksinasi Pandu Lalu Peringkat Tentera Darat Malaysia (TDM), yang akan dilaksanakan selama dua hari, bermula hari ini.
 
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, berkesempatan untuk meninjau pelaksanaan program, yang bermula seawal jam 0830 pagi tadi. Program yang dilaksanakan di Dataran PTD, memberikan penumpuan kepada 1,200 warga TDM, ahli keluarga serta kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang menghuni kediaman di Kem Perdana Sungai Besi, untuk menerima suntikan vaksin ini.
 
VAKSIN2Program vaksinasi ini adalah sejajar dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), yang berkehendakkan hampir 80% populasi rakyat Malaysia divaksin, sekaligus memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.
 
Lawatan ‘turun padang’ pimpinan TDM sebegini adalah selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke - 28 iaitu “Keutuhan Organisasi”, yang memberikan penekanan kepada aspek kesepaduan dan kebersamaan.