WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
 
SetahunPTD1
 
Tan Sri PTD di awal perutusannya, telah mengimbau kembali beberapa perutusan yang disampaikan terdahulu. Antaranya ialah Perintah Ulung PTD Ke-28, yang menggariskan Tiga Prinsip dan Lima Tonggak (3P+5T), yang digunapakai sebagai pemandu TDM ke arah kecemerlangan. Ketika mengimbau Amanat Tahun Baru 2021 pula, Tan Sri PTD menyatakan bahawa konsep 3P + 5T ini adalah seiring dan selari dengan pelan tindakan dan aspirasi pucuk pimpinan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menyentuh berkenaan perutusan Sambutan Hari Tentera Darat Ke-88 pula, Tan Sri PTD menjelaskan bahawa tema “Sinergi Tentera Darat Dan Rakyat: Tunjang Kedaulatan Negara”, diangkat sebagai satu bentuk manifestasi kepada komitmen TDM untuk memperkukuhkan kerjasama di antara TDM dengan pihak kerajaan dan rakyat.
 
Perutusan istimewa pada hari ini, diteruskan dengan ulasan oleh Tan Sri PTD ke atas pencapaian Lima Tonggak yang mendasari pelan tindakan TDM sejak ia diperkenalkan pada 11 Julai 2020 yang lalu. Di dalam Tonggak Pertama, iaitu “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan”, TDM telah berjaya membangunkan Sistem Pengurusan Strategik Tentera Darat (2021-2025) sebagai panduan bagi merencana pengurusan stategik yang berkesan. Perolehan aset-aset bagi meningkatkan keupayaan untuk beroperasi di dua wilayah secara serentak juga sedang giat dilaksanakan. Bagi Tonggak Kedua, “Keutuhan Organisasi”, proses penstrukturan TDM sedang menunjukkan perkembangan yang amat positif. Penyusunan semula aset dan sumber manusia bagi menyokong fungsi operasi TDM di dua wilayah, sedang giat dilaksanakan. Sementara itu Tonggak Ketiga pula, iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, memberikan penekanan kepada usaha menaik taraf serta menangani isu perumahan tentera, yang menjadi fokus bagi meningkatkan kesejahteraan warga TDM. Manakala Tonggak Keempat, “Pengukuhan Hubungan Pertahanan”, menyatakan perlaksanaan aktiviti kerjasama serantau dan antarabangsa, tetap diteruskan menggunakan pendekatan baru dengan memanfaatkan penggunaan media secara maya. Tonggak terakhir, “Meningkatkan Hubungan Tentera Darat Dan Awam” pula memperlihatkan usaha dan komitmen TDM dalam memberikan bantuan serta kerjasama kepada pihak kerajaan dan rakyat di dalam pelaksanaan “Military Operations Other Than War” (MOOTW).
 
SetahunPTD2Dalam meneruskan usaha bagi mencapai sasaran yang ditetapkan, Tan Sri PTD juga telah menggariskan tiga faktor utama yang dikenalpasti sebagai halangan dan cabaran, iaitu kewangan, pandemik dan kepimpinan. Ketiga-tiga faktor halangan ini seharusnya ditangani dengan berhemah bagi memastikan segala sasaran yang dirancang tidak akan terencat atau terganggu. Tan Sri PTD kemudiannya memberikan penekanan kepada tiga fokus utama yang perlu dilaksanakan di dalam jangka masa panjang bagi mencapai sasaran, iaitu melaksanakan penilaian semula, penetapan komitmen yang jitu, dan pelaksanaan proses normalisasi.
 
Mengakhiri perutusan ini, Tan Sri PTD turut menzahirkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada pihak Kerajaan Malaysia, Menteri Kanan Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera, yang terus memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menerajui TDM.