WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

TAKLIMAT PTDJeneral Datuk Zamrose bin Mohd Zain Panglima Tentera Darat telah mempengerusikan taklimat Op PENAWAR di Pusat Operasi Tentera Darat (POTD), Cawangan Operasi dan Latihan (OPLAT), Markas Tentera Darat. Beliau buat pertama kali mempengerusikan taklimat tersebut setelah mengambil alih jawatan Panglima Tentera Darat Ke-28 pada 11 Jun 2020 yang lalu. Tanggungjawab PTD sebagai peneraju OP PENAWAR diteruskan bagi memutuskan rangkaian virus COVID-19 yang masih melanda negara.

Beliau mendengar sendiri taklimat yang disampaikan oleh staf dan formasi-formasi yang membantu PDRM menguatkuasakan pelaksanaan tugas PKPP iaitu rondaan pematuhan bersama PDRM setelah tugas sekatan jalan raya ditamatkan.