WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

Sumbangan Veteran 3KUALA LUMPUR, 25 JUN 2020 – Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menghadiri Majlis Pengurniaan Sumbangan Ampun Kurnia Kepada Veteran ATM yang berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan Majlis Sumbangan Ampun Kurnia Kepada Veteran ATM.

Pada majlis ini, Seri Paduka Baginda selaku Pemerintah Tertinggi ATM dan Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan labuan berkenan mengurniakan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sejumlah RM1.8 juta kepada 6,000 orang veteran ATM dalam kalangan B40.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan ampun kurnia berupa wang tunai dan hamper barangan makanan asas kepada 10 orang veteran ATM sebagai simbolik perkenan Seri Paduka Baginda berangkat menyantuni golongan veteran ATM yang telah banyak mencurahkan bakti kepada negara.

Majlis ini dianjurkan oleh MAIWP dan Jabatan Agama Islam Perseketuan (JAWI) dengan kerjasama Istana Negara, Kementerian Pertahanan dan Bantu-Bantu Malaysia.

Selain itu, program Bantu-Bantu Malaysia yang diasaskan oleh Tan Sri Lee Kim Yew, Pengasas Country Heights Holdings Berhad ini telah menyumbangkan sebanyak 10 ribu bungkusan hamper kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia.

Turut hadir Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Perkhidmatan dan Pengerusi Majlis Agama Wilayah Persekutuan, Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee.

Menjunjung Kasih Tuanku.
Daulat Tuanku.