WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

 PegawaiKadet 2

Jeneral Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat telah menyempurnakan Majlis Pengisytiharaan Pentauliahan serta Pemakaian Pangkat Pegawai Muda Tentera Darat 2020 bertempat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada 24 Jun 2020.

Seramai 147 orang graduan UPNM Tentera Darat iaitu 89 graduan lelaki dan 58 graduan wanita yang menjalani latihan akademik di UPNM dan modul ketenteraan di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) telah ditauliahkan sebagai Pegawai Muda Tentera Darat berpangkat Leftenan Muda. Pegawai-pegawai kadet ini berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda meliputi bidang Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan, Pengajian Strategik serta Sains Komputer. Jumlah ini termasuk 26 orang pegawai muda dari jurusan Perubatan.

Majlis ringkas pengisytiharan dan pemakaian pangkat ini dilaksanakan bagi menggantikan Perbarisan Pentauliahan yang pada kebiasaannya dilakukan di padang kawad. Perkara ini adalah bagi memenuhi keperluan kerajaan dalam membendung dan memutuskan rangkaian penularan Virus Corona (COVID-19). Majlis tersebut yang dilaksanakan secara tertutup serta penglibatan minima tanpa kehadiran ibu, bapa dan ahli keluarga sepertimana kebiasaan terdahulu, sesuai dengan norma baru serta pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang ditetapkan. Para graduan dan tetamu yang hadir dikehendaki menggunakan hand sanitizer, menjalani saringan suhu serta mengamalkan penjarakan 1 meter.

Meskipun begitu, Panglima Tentera Darat berpeluang mengucapkan tahniah kepada beberapa ibu bapa para graduan berkenaan melalui Video Conference yang diatur. Semangat yang dipamerkan oleh para graduan ini amat membanggakan dengan kesemua mereka ditauliahkan dengan perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-16, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Musta’in Billah pada 17 Februari 2020.

 

PegawaiKadet 1

Pada majlis tersebut, Leftenan Muda Muhamad Fairul bin Roslan telah dinobatkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Tentera Darat. Sedikit pengenalan, bapa beliau iaitu Roslan bin Chik bekerja sebagai pemandu bas manakala ibu, Faridah binti Ibrahim merupakan seorang suri rumah. Beliau merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa). Beliau juga merupakan penuntut modul Latihan Ketenteraan terbaik. Beliau sangat aktif di dalam pelbagai aktiviti dan sukan di UPNM dan antaranya adalah eco challenge, UKMHK, log race dan taekwando di Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Hasil kesungguhan, dedikasi dan komitmen yang tinggi, beliau telah dianugerahkan Penuntut Terbaik Keseluruhan TD dan ditauliahkan ke dalam Kor RAMD.

Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin bin Muslan, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Nazari bin Abd Hadi serta Pegawai-Pegawai Kanan TD.

 

PegawaiKadet 4

PegawaiKadet 3