
Kursus yang dilaksanakan selama 12 minggu bertujuan untuk memilih anggota komando yang benar-benar layak berkhidmat di dalam Gerup Gerak Khas (GGK). Kursus ini dibahagikan kepada 5 peringkat merangkumi peringkat kem, hutan, long march, paya dan laut. Untuk layak bergelar anggota komando dan secara langsung dianugerahkan beret hijau, dagger komando dan sijil, penuntut perlu lulus setiap peringkat yang dilaksanakan. Bagi siri kali ini, Leftenan Muda Adsmar bin Husin telah dinobatkan sebagai penuntut terbaik.
Demonstrasi lain yang turut diadakan semasa acara penutup tersebut adalah demonstrasi penyusupan melalui air, menyelamat tebusan, pertunjukan Seni Mempertahankan Diri (SMD) dari penuntut Kursus Kombat Gerak Khas Siri 1/2020.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua penuntut yang berjaya.