WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

PTD RMS2

MELAKA: Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Zamrose Mohd Zain telah menghadiri acara jamuan BBQ bersama Raja Muda Selangor, DYTM Leftenan Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah di Army Officer Recreation Club (AORC), Kem Terendak pada 25 Jun 20.

DYTM Leftenan Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah telah ditauliahkan sebagai pegawai Tentera Darat berpangkat Leftenan Muda di Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) pada upacara di Kem Terendak, Melaka, pada 19 Jul 17 yang lalu.

Baginda sedang mengikuti Bengkel Peperiksaan Kenaikan Pangkat Leftenan ke Kapten di Markas 10 Bgd (Para) sebagai persiapan menghadapi peperiksaan pada 7 hingga 9 Jul 20 nanti.

Hadir sama dalam acara tersebut adalah Panglima 3 Div, Mej Jen Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Asisten Ketua Staf Perancangan & Pembangunan Markas Tentera Darat, Mej Jen Dato' Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani, Pengarah Infantri, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Hj Semaon Hj Marjuki dan Komander Artileri 3 Div, Brig Jen Noor Sazali Puteh.

PTD RMS3