WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
3
SUNGAI BESI, 26 Disember 2020 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah mengiringi Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menyantuni dua orang waris kepada anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang berkhidmat di Kem Perdana, Sungai Besi. Lawatan kebajikan diadakan bersempena dengan Lawatan Kerja YB Menteri Kanan Pertahanan ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD).
 
Waris pertama yang disantuni YB Dato' Sri Menteri Kanan Pertahanan dan Tan Sri PTD adalah anak kepada Sarjan Mohd Azhar bin Mohd Kasim yang berkhidmat di Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD), Kem Perdana Sungai Besi. Sarjan Mohd Azhar telah mendirikan rumah tangga bersama Puan Suzila binti Sidik dan dikurniakan empat orang cahaya.
 
Anak bongsu beliau, Adik Muhammad Aisy bin Mohd Azhar telah disahkan menghidap beberapa komplikasi kesihatan antaranya adalah Down Syndrome, paru-paru berair, jantung berlubang, bahagian tulang belakang bengkok dan lapisan kulit di bahagian perut nipis sejak dilahirkan pada 18 Januari 2020 oleh Pegawai Perubatan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Ketika berusia 5 bulan, pihak PPUKM mengesahkan bahawa tahap kesihatan beliau telah semakin beransur pulih dan beberapa penyakit telah didapati sembuh kecuali penyakit jantung berlubang. Kini, beliau perlu menjalani rawatan dan pemeriksaan kesihatan secara berkala di PPUKM.
 
2
 
Lawatan kebajikan diteruskan dengan menyantuni Koperal Mohd Sabri bin Ghani yang berkhidmat di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Koperal Mohd Sabri telah mendirikan rumah tangga bersama Puan Norli bte Isa dan dikurniakan enam orang cahaya mata.
 
Salah seorang anak beliau iaitu Adik Muhammad Takiyuddin bin Mohd Sabri telah disahkan menghidap penyakit Congenital Right Microtia and Canal Atresia Grade II with Moderate Hearing Loss (Komplikasi Pendengaran) sejak dilahirkan pada 17 September 2013 oleh Pegawai Perubatan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Pihak PPUKM telah memaklumkan bahawa beliau perlu menjalani pembedahan di bahagian telinga semasa usianya menjangkau 12 tahun. Sehingga kini, tahap kesihatannya adalah stabil namun memerlukan perhatian ahli keluarga yang lain.
 
Setiap waris yang disantuni telah menerima sumbangan dari YB Dato' Sri Menteri Kanan Pertahanan berbentuk hamper, barangan harian, sumbangan peribadi dan sumbangan dari Tabung Kebajikan TD bagi meringankan beban yang ditanggung oleh anggota.
 
Turut mengiringi lawatan tersebut adalah KSU Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia TD, Mejar Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi dan KS Am MK PMBTD, Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Hassan bin Loman.