WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

4RRD 4

KELANTAN: Pasukan 4 Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) berjaya mematahkan penyeludupan pelbagai barangan keperluan harian termasuk sebuah kenderaan dianggarkan berjumlah RM89,631.60 dalam Op BENTENG pada 29 Jun 2020.

Pasukan ronda 4 RRD telah mengesan sebuah van berhenti di tebing Sungai Golok dan melihat beberapa orang lelaki sedang memunggah barangan.

Selepas menilai situasi, pasukan ronda tersebut melakukan serbuan dan menyebabkan tujuh orang lelaki disyaki warga Thailand terjun ke dalam sungai.

Suspek penyeludup tersebut tergesa-gesa menaiki dua buah bot untuk menyeberangi Sungai Golok dan seterusnya menuju ke arah Thailand.

Pasukan ronda mendapati terdapat pelbagai barangan keperluan harian berada di dalam Van Toyota Hiace dan mengesyaki kesemua barangan tersebut akan diseludup ke Thailand.

Seterusnya Pegawai Memerintah 4 RRD telah menghubungi Panglima 8 Bgd untuk memberi laporan awal.

Susulan maklumat tersebut, Panglima 8 Bgd telah menghubungi Komander Rejimen Kelima Infantri, Tentera Diraja Thailand bagi memburu suspek penyeludup.

Hasilnya, suspek penyeludup berjaya diberkas oleh Pasukan Keselamatan Thailand di kawasan tanggungjawab mereka tidak jauh dari lokasi kejadian.

4 RRD telah membuat laporan kes ini di Balai Polis yang berdekatan serta menyerahkan barang rampasan kepada pihak Kastam Diraja Malaysia.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 - Kesalahan Menyeludup.

Insiden ini menunjukkan aktiviti penyeludupan berbentuk barangan keperluan harian kembali menjadi tumpuan penyeludup berikutan terdapat permintaan yang tinggi di kalangan penduduk di negara jiran.

4RRD 1

Panglima 8 Bgd Brig Jen Zamsari Abu Hasan menyifatkan respon pantas ini sebagai manifestasi kerjasama erat antara Tentera Darat Malaysia dengan Tentera Diraja Thailand yang terjalin selama ini melalui Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia-Thailand.

Di samping itu, kejayaan ini juga didorong oleh tahap kesiagaan tinggi pasukan yang sedang beroperasi bagi memastikan kedaulatan di kawasan sempadan sentiasa dipertahankan dari sebarang anasir termasuk pencerobohan PATI atau unsur penyeludupan.

Oleh : 8 Bgd