WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
2
MELAKA, 29 Disember 2020 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah melakukan Lawatan Ulung ke Formasi Divisyen Ketiga Infantri (3 Div) yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka. Ia merupakan lawatan rasmi bersempena pelantikan beliau sebagai Panglima Tentera Darat Ke-28 pada 11 Jun 2020 yang lalu.
 
Ketibaan Tan Sri PTD di Markas 3 Divisyen (MK 3 Div) telah disambut oleh Panglima 3 Div, Mejar Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim.
 
Seterusnya, Tan Sri PTD diberi penghormatan untuk memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD). KKU diketuai oleh Mejar Ahmad Asmawi bin Rosli, berkekuatan tiga pegawai dan 103 anggota Lain-lain Pangkat (LLP). KKU berkenaan diiringi oleh Brassband Gabungan 3 Div dari 14 RAMD (Mek), 15 RAMD dan 2 KAD yang diketuai oleh Pegawai Waran II Muhammad Effendi Almunir.
 
Selesai pemeriksaan KKU, Tan Sri PTD diperkenalkan kepada Panglima-panglima Formasi, Pegawai-pegawai Memerintah di bawah naungan Formasi 3 Div serta Pegawai-pegawai Staf MK 3 Div. Acara lawatan diteruskan dengan penyampaian Taklimat Operasi, Pentadbiran dan Logistik oleh Panglima 3 Divisyen.
 
3
Acara kemudiannya diteruskan dengan Majlis Penyampaian Sumbangan Saguhati Kepada Veteran dan Anggota Cedera bersempena Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-87 Tahun 2020. Seramai 9 Veteran ATM dan seorang anggota TD telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Tan Sri PTD dalam bentuk cek. Acara kemudiannya diakhiri dengan acara Menandatangani Buku Lawatan dan Penyampaian Cenderahati.
 
Turut hadir dalam lawatan ini adalah Panglima 4 Divisyen selaku Pemangku Panglima Medan Barat Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato' Hj Ya'cob bin Hj Samiran, Asisten-asisten Ketua Staf Markas Tentera Darat (MK TD) dan Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat (SMR TD).