WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

Tangkapan1

JOHOR, 2 Julai 20 - Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui pasukan Rejimen Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) yang sedang melaksanakan Op MERPATI 1 Sektor 7 Briged berjaya menahan 24 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang dipercayai ingin pulang ke Indonesia semasa pasukan tersebut melaksanakan rondaan keselamatan di sekitar kawasan Tanjung Ayam, Sungai Rengit, Johor.

Kumpulan anggota yang diketuai oleh Kapt Amirul Naim bin Mohammad Zubir telah bertindak atas maklumat dari anggota petugas Polis Marin PDRM berkenaan pergerakan PATI. Hasil serbuan yang dibuat telah berjaya menahan seramai 24 orang PATI warga Indonesia yang terdiri daripada 21 lelaki dewasa, 3 perempuan dewasa. Serbuan juga turut berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai tekong yang membawa keluar PATI tersebut.

Dalam serbuan tersebut juga turut dirampas sebuah kenderaan jenis Hyundai Starex yang dipercayai digunakan untuk membawa kesemua PATI tersebut. Kesemua tangkapan akan dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut dan akan dilaksanakan pemeriksaan COVID-19 oleh Klinik Kesihatan Bandar Penawar esok.

Berlanjutan dari perkembangan semasa penularan pandemik COVID-19 dan jenayah rentas sempadan, pihak TDM melalui formasi 3 Divisyen dan pasukan di bawah naungan sentiasa berwaspada dan meningkatkan kawalan keselamatan dalam menangani kejadian yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan kedaulatan Negara.

Sumber : Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia