WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

PktKanan 04KUALA LUMPUR, 10 Julai 20 – Seramai 20 Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) dari pelbagai kor termasuk seorang Pegawai Sukarela dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat. Majlis telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Zamrose bin Mohd Zain di Dewan Zulkifeli Zain, Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Mendahului senarai adalah Mej Jen Datuk Mohd Zakaria bin Haji Yadi telah dinaikkan pangkat kepada Leftenan Jeneral berkuatkuasa 11 Jun 20 dan akan menjawat jawatan sebagai Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD). Selain itu, Brig Jen Mohd Isa bin Jaafar telah dinaikkan pangkat kepada Mejar Jeneral berkuatkuasa 11 Jun 20 dan akan menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Tentera Darat manakala Kol Ahmad Faiezzelan bin Abdul Karim dinaikkan pangkat kepada Brigedier Jeneral berkuatkuasa 25 Jun 20 dan menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah Wisma Transit Kuala Lumpur.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat 6 Pegawai Kanan berpangkat Lt Kol kepada Kol termasuk seorang Pegawai Sukarela dan 11 Pegawai dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol.

Dalam ucapannya, PTD mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Pegawai Kanan yang dinaikkan pangkat. Menurut beliau, kenaikan pangkat adalah satu pengiktirafan di atas kualiti kerja dalam perkhidmatan. Ia datang bersama dengan tanggungjawab. PTD menyeru kepada semua Pegawai Kanan untuk memberikan komitmen dalam melaksanakan tugas secara jujur dan amanah.

Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato' Hasagaya bin Abdullah, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato' Mohammad bin Ab Rahman dan Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat.

Acara dilaksanakan dengan penglibatan minima dari warga TDM serta mematuhi SOP PKPP.

PktKanan 02PktKanan 03