WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

PU28 2

PORT DICKSON, 11 Julai 20 - Perbarisan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat (PTD) ke-28 telah berlangsung di padang kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan pada 11 Julai 2020. Jeneral Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menyampaikan perintah ulung dan amanat beliau sejak dilantik menjadi Panglima Tentera Darat ke-28 pada 11 Jun 2020 yang lalu. Beliau mengambil alih jawatan tersebut daripada mantan Panglima Tentera Darat ke-27, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi.

Perbarisan statik tersebut terdiri daripada 968 orang merangkumi 257 pegawai dan 711 anggota terdiri daripada beberapa detasmen iaitu Detasmen Pegawai Kanan, Detasmen Tempur, Detasmen Bantuan Tempur, Detasmen Bantuan Khidmat, Detasmen 21 GGK, Detasmen 10 Bgd (Para) dan satu Detasmen Wanita. Perbarisan tersebut diketuai oleh Brigedier Jeneral Khairul Anuar bin Abul Aziz, Komandan Akademi Tentera Darat. Penolong Ketua Perbarisan adalah Kol Mohd Kamil bin Hj Abdul Latiff, Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD). Turut dipamerkan adalah aset Tentera Darat Malaysia (TDM) iaitu 2 buah kenderaan 8x8 GEMPITA, 2 buah LIPAN BARA dan 2 buah meriam 105mm.

Bagi memenuhi keperluan kerajaan dalam membendung dan memutuskan rangkaian penularan COVID-19, sesuai dengan norma baru serta pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang ditetapkan, perbarisan kali ini dilakukan secara statik dengan penjarakan anggota yang berbaris lebih jauh berbanding biasa. Anggota perbarisan dan tetamu tentera yang hadir dikehendaki menggunakan hand sanitizer, menjalani saringan suhu serta mengamalkan penjarakan 1 meter. Setiap anggota perbarisan memakai penutup mulut yang seragam bercorak celoreng. Perbarisan tersebut turut disiarkan melalui siaran Facebook Live TDM. Ini membolehkan kesemua peringkat warga TDM di seluruh Malaysia dapat mendengar amanat dan kesinambungan hala tuju yang disampaikan oleh PTD ke-28.

PTD menggariskan tiga prinsip dan lima tonggak (3P + 5T) yang harus dipraktikkan oleh seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM). Prinsip Pertama adalah “Laksanakan Apa Yang Perlu Dilaksanakan”, Prinsip Kedua adalah “Lakukan Apa Yang Dikatakan Akan Dilaksanakan” manakala Prinsip Ketiga adalah “Laksanakan Perkara Yang Betul”. Bagi 5 tonggak yang dinyatakan, Tonggak Pertama adalah “Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan” dan Tonggak Kedua adalah “Memperkasakan Keutuhan Organisasi”. Manakala Tonggak Ketiga adalah "Pelestarian Kesejahteraan Warga" dan Tonggak Keempat adalah "Pengukuhan Perhubungan Pertahanan" serta akhir sekali adalah" Peningkatan Hubungan TDM Dengan Awam".

PU28 4Dalam acara tersebut, PTD turut menyampaikan buku Perintah Ulung Panglima Tentera Darat kepada semua Pegawai-Pegawai Kanan TDM.

Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Nazari bin Abd Hadi serta Pegawai-Pegawai Kanan TD.