WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

RAJD2RAUB, 7 Januari 2021 – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui 91 Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) sedang melaksanakan pembinaan jambatan di Kampung Lechar, Raub, Pahang bermula awal pagi 7 Jan 21. Seramai dua pegawai dan 31 anggota RAJD terlibat dalam melaksanakan pemasangan jambatan tersebut dengan diketuai oleh Ketua Skuadron Bina, 91 Rejimen Bantuan RAJD, Leftenan Kolonel Norhejeri bin Shamsudin. Pembinaan jambatan tersebut akan menghubungkan semula jalan di antara Perumahan Makmur Lechar dan Perumahan Kos Rendah Kampung Lechar dengan Pekan Ulu Dong serta Bandar Raub yang mana ianya akan memberi manfaat kepada lebih 500 penduduk yang terjejas sebelum ini. Struktur jambatan sedia ada telah runtuh pada 3 Jan 21 disebabkan daripada hakisan tanah akibat arus deras Sungai Dong. Jambatan yang dibina adalah sepanjang 24 meter dan lebar 7.35 m (2 lorong) yang mengambil masa pembinaan lebih kurang 8 ke 15 jam.

Jambatan Compact Bailey 200 adalah jambatan yang dibekalkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada Tentera Darat Malaysia secara gunasama. Walaupun keadaan jalan yang sempit dan tidak rata serta berbukit, Trup masih mampu melaksanakan proses pemasangan berdasarkan perancangan yang ditetapkan.

#TenteraDaratMalaysia 

#GagahSetia