WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

OPBENTENG 1

KOTA TINGGI, 12 Jul 20 - Tentera Darat Malaysia (TDM) sekali lagi mencatat kejayaan melalui formasi Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) membuat tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi OP BENTENG di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) pada 12 Jul 20 jam 0400 pagi.

Tindakan pantas pasukan Rejimen Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) telah berjaya menangkap 5 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia berusia sekitar 23 hingga 40 tahun.

Pasukan bertindak hasil maklumat dari Sistem Pengawasan Radar Kenderaan Perisai GEMPITA oleh Rejimen Kedua Kor Armor Diraja (2 KAD) yang telah mengesan sebuah bot menghampiri Kampung Gambut Punggai, Kota Tinggi.

Satu kumpulan anggota dan Pegawai dari 61 RAD diketuai oleh Kapten Norhisham Iswandy dari Pos Tanjung Sepang telah digerakkan membuat rondaan keselamatan di sekitar Kampung Punggai telah terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan dijarak 50 meter dari pantai dipercayai untuk membawa PATI.

Hasil pemeriksaan telah berjaya menahan 5 PATI yang masih bersembunyi di dalam semak sekitar kawasan tersebut dipercayai sedang menunggu untuk menaiki bot.

Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 12 ribu ringgit yang melibatkan 7 buah telefon bimbit serta wang tunai RM1,550 dan IDR 21 Juta (RM6,236).

Kesemua PATI akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian COVID-19.

Usaha menjejaki diteruskan dengan bantuan Tim Dron dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

TDM akan terus menggiatkan operasi menjaga sempadan negara dengan mengaturgerak aset, anggota dari unit-unit serta formasi TDM dari dicerobohi dengan kemasukan PATI demi keselamatan dan kesejahteraan negara. PATI yang cuma membolosi sempadan akan terus diburu dengan usaha serta operasi agresif yang dilaksanakan oleh TDM.

 

OPBENTENG 3