WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
RAJD6RAUB, 7 Januari 2021 – Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah ‘turun padang’ bagi meninjau operasi pembinaan jambatan sementara bertempat di Kampung Lechar, Raub, Pahang.
Beliau yang turut diiringi oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, telah disambut dan diberikan taklimat berkenaan proses pembinaan jambatan oleh Penolong Pegawai Memerintah 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 RAJD), Leftenan Kolonel Suraihan bin Md Lani.
 
Seramai dua pegawai dan 31 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Ketua Skuadron Bina 91 RAJD, Leftenan Kolonel Norhejeri bin Shamsudin, terlibat di dalam kerja-kerja pembinaan tersebut yang telah bermula pada awal pagi 7 Jan 21. Keseluruhan pembinaan jambatan ini dijangka akan siap pada 7 Jan 21 pukul 8 malam.
 
Di dalam Sidang Media sempena lawatan ini, Menteri Kanan Pertahanan memaklumkan bahawa pembinaan jambatan ini bagi menghubungkan laluan di antara Perumahan Makmur Lechar Jaya dan Perumahan Kos Rendah Kg Lechar dengan pekan Ulu Dong dan bandar Raub. Kerosakan laluan di kawasan tersebut telah menjejaskan lebih 500 penduduk di kawasan tersebut. Sehubungan itu, pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah memohon bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi melaksanakan pemasangan jambatan di kawasan tersebut.
 
Tambah beliau lagi, ATM telah bersiap sedia untuk mengaturgerakkan sebanyak 10 buah *Jambatan Bailey Bridge* dalam memberi bantuan terhadap keperluan semasa terutama kepada kawasan terjejas banjir yang memerlukan pembinaan jambatan di seluruh Malaysia.
 
RAJD4Beliau turut memaklumkan, ATM dan Tentera Darat Malaysia (TDM) akan sentiasa bersiap sedia dan memantau perkembangan banjir yang melanda seluruh negara. Selain itu, ATM akan bekerjasama dengan agensi-agensi penyelamat di seluruh Malaysia.
 
Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Pemangku Panglima Medan Barat Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato' Hj Ya’cob bin Hj Samiran, Ketua Jurutera Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato Pahlawan Ir Hj Chapiti bin Hj Redzwan serta Pegawai-Pegawai Kanan TDM.