WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

SultanJohor5

JOHOR BAHRU, 20 Julai 20 - DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) di antara Lt Jen Datuk Hasan bin Ali dengan Mej Jen Datuk Jamaluddin bin Jambi, KS Am Markas 21 GGK yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor.

Berangkat sama, DYAM Mej Jen Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Majlis dimulakan dengan acara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa disaksikan oleh DYMM Sultan Johor dan Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Zamrose bin Mohd Zain.

Mej Jen Datuk Jamaluddin bin Jambi telah dilahirkan pada 21 April 1962 di Merlimau, Melaka. Beliau telah menyertai Sekolah Pegawai Kadet, Kem Sebatang Karah, Port Dickson sebagai Pegawai Kadet dan telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 April 1980. Di atas kecekalan dan semangat ketenteraan, beliau telah menyertai dan lulus Kursus Asas Komando pada tahun 1982 dan telah ditempatkan untuk berkhidmat di pasukan Rejimen Gerak Khas yang pertama beliau iaitu Rejimen Ke-21 Para Komando.

 

 

SultanJohor2

Di sepanjang 40 tahun perkhidmatannya, beliau telah menjawat pelbagai jawatan penting. Antaranya adalah menjawat jawatan Ketua Staf Am Markas 21 Gerup Gerak Khas bermula tahun 2017 hingga 2020 dan pada tanggal 20 Jul 20, beliau telah dipertanggungjawabkan untuk menjawat jawatan Panglima 21 GGK. 

Turut hadir dalam majlis ini adalah Panglima 7 Briged, Brig Jen Mohamed Fauzi bin Kamis dan Ketua Staf Perkhidmatan Markas 21 GGK, Brig Jen Khairul Anuar bin Hj Yaakob serta Pegawai-pegawai Kanan 21 GGK.