WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PATI 2
OP BENTENG – 11 KES JENAYAH RENTAS SEMPADAN DIGAGALKAN DALAM TEMPOH 7 HARI DI AWAL TAHUN 2021
 
KUCHING, 7 Januari 2021 - Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) berjaya melakukan 12 kes pengusiran PATI dan Rampasan Barangan yang cuba dibawa keluar dan masuk ke Sarawak bermula pada 1 hingga 6 Januari 2021 di sempadan Antarabangsa Malaysia–Indonesia.
 
PATI 3Memasuki hari ke 7 di tahun baru 2021, seramai 34 PATI telah diusir sejak 1 Januari 2021 yang lalu. Sektor Serikin mencatatkan 4 kes pengusiran PATI melibatkan 23 orang PATI. Kes terbesar adalah pada 3 Januari 2021 dalam kejadian berlaku sekitar jam 5.20 petang di Sekatan Jalan Raya Pos Serikin yang melibatkan 15 orang PATI terdiri daripada 7 lelaki dewasa, 5 wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan 2 kanak-kanak perempuan.
 
Manakala di Sektor Lubok Antu mencatatkan 2 kes pengusiran melibatkan 9 PATI dan satu kes di Kandaie melibatkan 2 PATI telah diusir keluar. Pelbagai alasan dan taktik digunakan mereka untuk menyelinap masuk ke Malaysia berkemungkinan atas desakan hidup impak daripada pandemik Wabak Covid-19. Selain kes pengusiran PATI, anggota-anggota tentera yang bertugas diperbatasan juga berjaya menghindar cubaan menyeludup keluar barangan makanan ke Indonesia di Tebedu dan Lubuk Antu dengan anggaran nilai rampasan RM 4,192.70.
 
Tentera Darat Malaysia senantiasa bersedia dan meningkatkan lagi kesiagaan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan jenayah dan membolosi sempadan Negara sebilang masa. Formasi 1 Divisyen komited meneruskan inisiatif OP BENTENG dalam mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan serta aktiviti menyelinap masuk ke Sarawak.
 
 Sumber: Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia